Politik

 PKP 2.0 duduk di rumah: Bukit kalau ditarah akan gondol

NAMA Marina Yusoff yang bergelar Datuk mungkin agak asing dalam kalangan Generasi Y tetapi nama itu pernah dikenali sebagai bekas Majistret, Peguam, politikus dan usahawan hartanah yang pernah memiliki Menara Marinara di Kuala Lumpur setinggi 36 tingkat.

Beliau adalah ibu kepada aktres Ida Nerina tetapi pertalian itu tidak diuar-uarkan atau dicanangkan kerana Ida Nerina meniti karier seninya atas bakat seninya sendiri.

Hari ini, nama Marina Yusoff kembali menerusi kenyataan beliau berhubung pandemik Covid-19.

Menerusi catatan beliau yang disampaikan kepada PUTRA Malaysia, Marina berpendapat, walau apa pun lebih baik bagi petunjuk untuk mereka yang kena Covid-19 untuk rawatan yang boleh dilakukan di rumah.

“Tidak semestinya pesakit itu dimasukkan ke hospital. Duduk di rumah pun boleh dirawat sendiri. Ada banyak petunjuk yang berguna. Tunjuklah di TV dan YouTube.

“Jangan galak tangkap dan denda rakyat yang sudah tertekan,” katanya menerusi ekspresi catatan.

Menurut Marina lagi, setiap hari, laporan Menteri ialah tentang berapa orang yang ditangkap dan didenda.

“Salah Kerajaan dan MKN yang tidak jelas dengan arahan. Satu hari tutup. Satu hari buka. Bagi peniaga keliru.

“Kalau Menteri yang tidak layak, eloklah berhenti. Bantuan yang diberi tidak berguna – bukan boleh menyelesaikan penderitaan mereka yang miskin dan tidak dibenarkan berniaga,” kata Marina. – SM

 

(Visited 1,145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button