Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

RINGGIT terus dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh susulan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) telah dikeluarkan, kata penganalisis.

Pada pembukaan dagangan, mata wang tempatan merosot kepada 4.2145/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2130/2155 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata minit mesyuarat FOMC telah mempengaruhi penanda aras ekuiti utama.

Baca artikel ini > Ringgit dibuka rendah berikutan ketegangan geopolitik global

“Terdapat perbincangan yang jelas mengenai cara Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengurangkan saiz lembaran imbangannya,” katanya kepada agensi berita tempatan.

Mohd Afzanizam berkata mengikut minit, pilihan yang ada berkemungkinan lebih agresif berbanding pengalaman 2017-2019.

Fed telah mengurangkan saiz kunci kira-kiranya daripada AS$4.45 trilion (kira-kira RM18.76 trilion) pada awal 2017 kepada AS$4.17 trilion, pengurangan kurang daripada AS$1 bilion, tambahnya.

“The Fed menyinggung bahawa pasaran buruh yang ketat dan inflasi yang tinggi mewajarkan permulaan larian kunci kira-kira.

“Ini akan menjadi tumpuan dalam perdagangan hari ini (Khamis). Sementara itu, indeks Dolar AS sudah meningkat sebanyak 0.13% kepada 99.59 mata,” katanya.

Oleh itu, beliau menjangkakan Ringgit akan diniagakan dalam julat 4.21-4.22 berbanding Dolar AS pada Khamis.

Pada pembukaan, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding Pound British di mana ia meningkat kepada 5.5109/5155 daripada 5.5178/5210 pada penutup Rabu.

Unit tempatan susut berbanding Dolar Singapura kepada 3.1007/1035 daripada 3.1001/1021, susut berbanding Yen Jepun kepada 3.4095/4126 daripada 3.4014/4034, dan susut berbanding Euro kepada 4.5989/6027 daripada 4.5914 pada Rabu. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button