Uncategorized

Sosa Cuervo muncul juara laluan Putrajaya ke Genting Highlands

GENTING HIGHLANDS: Pelumba Movistar Team Ivan Ramiro Sosa Cuervo muncul juara peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 laluan Putrajaya ke Genting Highlands semalam.

Pada perlumbaan turut dikenali sebagai ‘queen stage’ meliputi jarak 124.2 kilometer (km) itu, pelumba Colombia berkenaan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 25 minit 31 saat.

Pelumba EF Education-Easypost, Hugh John Carthy memenangi tempat kedua (3:25.50 saat) sementara Einer Augusto Rubio Reyes mewakili pasukan Movistar Team tempat ketiga (3:27.27 saat).

“Gembira dengan kemenangan ini, kerja berpasukan yang hebat, ini adalah kemenangan yang saya impikan kerana saya melalui musim yang rumit, maka penting bagi saya untuk menamatkan musim ini dengan baik.

“Kami sangat prihatin dan berganding baik dengan Hugh Carthy dan sebelum 1km menuju garisan penamat, saya sedar saya perlu bergerak solo dan begitulah cara saya berjaya menang, ” katanya selepas tamat perlumbaan.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Sosa berjaya merampas Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan.
Sementara itu, pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff kekal menyarung Jersi Merah (Raja Bukit) mengumpul 29 mata selepas menakluk dua zon pendakian di Tekali dan Look Out Point Ampang.

Jersi Hijau (Raja Pecut) disarung pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa sementara Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia menjadi milik rakan sepasukannya Andrey Zeits.

Peringkat keempat hari ini membabitkan jarak sejauh 137.9km dari Sabak Bernam ke Meru Jaya. – BERNAMA

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button