Nasional

KPKT fokus pembangunan landskap berkualiti, komprehensif untuk kesejahteraan rakyat

LANDSKAP bukan hanya bersifat estetika semata-mata, malah merupakan satu keperluan hidup dan merangkumi aspek pemerkasaan ekonomi, perekayasaan sosial dan kemampanan alam sekitar atau ’The 3 Pillars of Sustainability’ sebagai pra-syarat kepada kriteria sebuah Negara Maju.”

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sebab itu KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) sedang giat memperkemaskan sistem jaringan landskap negara, melaksanakan inisiatif serta program berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan aset landskap, meningkatkan
kualiti perkhidmatan landskap dan memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar
ke arah perbandaran baharu.

Katanya, Ia selari dengan bidang dan tanggungjawab KPKT yang merangkumi aspek Perbandaran dan Kerajaan Tempatan, Agenda Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals-SDG) di peringkat tempatan khususnya di bawah SDG 11: Perbandaran Dan Masyarakat Mampan (Sustainable Cities and Communities) menjadi fokus KPKT ke arah menjadikan bandar dan penempatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan.”

”KPKT terus memberi fokus kepada aspek daya huni (liveability) yang menjadi satu instrumen penting dalam menentukan keselesaan persekitaran kehidupan. Setinggi-tinggi ucapan tahniah saya ucapkan kepada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur atas kemenangan tersebut dimana hasilnya dapat dilihat melalui kejayaan pembangunan Taman Komuniti di mana kita berada pada ketika ini,” katanya ketika merasmikan Projek
Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan bertempat di Kawasan Lapang AU3 Setiawangsa (Taman Komuniti Keramat Wangsa) pada pagi ini.’

Peningkatan jumlah penduduk yang semakin tinggi di kawasan perbandaran telah meningkatkan keperluan ruang hijau bandar sebagai medium interaksi sosial dan rekreasi. Justeru, pelaksanaan Projek Pembangunan Landskap Persekitaran kehidupan di Kawasan Lapang AU3 Setiawangsa ini diharap dapat dimanfaatkan dan
dipelihara sepenuhnya oleh komuniti setempat.

Dalam majlis sama, Akmal juga telah menyempurnakan acara penanaman pokok Syzygium Antisepticum (Blume) sebagai simbolik perasmian projek. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran dan reruai dari agensi kerajaan dan swasta.

Pembangunan Taman Komuniti ini telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan  geran bernilai RM1 juta yang diterima atas kejayaan menggungguli tempat pertama dalam Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah pada Tahun 2019.

Projek ini melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti  gelanggang futsal, trek jogging, laluan pejalan kaki, kawasan riadah dan kawasan lapang bagi aktiviti kemasyarakatan penduduk sekitar.

Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah adalah satu bentuk pengiktirafan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menunjukkan kualiti pembangunan landskap yang terbaik.

Ia merupakan usaha bersama dalam melaksanakan perancangan, pembangunan dan pengurusan infrastruktur landskap yang komprehensif, melalui penyediaan kawasan hijau dan landskap yang bermanfaat kepada masyarakat.

Penganjuran anugerah ini juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan landskap oleh pihak PBT bagi mewujudkan sebuah persekitaran yang kondusif dengan penglibatan masyarakat awam.

Selain itu, ia juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan landskap serta peranan masyarakat dalam menjaga kemudahan rekreasi yang disediakan. – SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button