Politik

Pejuang banyak cara perangi rasuah – Dr. Mahathir

PEJUANG mempunyai banyak cara atau idea untuk menjayakan ‘peperangan’ melawan rasuah dan politik wang di negara ini.

Pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta agar rakyat menyokong Pejuang dalam pilihan raya umum bagi memerangi rasuah yang dianggap semakin berleluasa di Malaysia.

“Kami seru kepada rakyat supaya sertai kami atau sokong kami dalam PRU.

“Percayalah kami mempunyai banyak cara (idea) untuk menjayakan peperangan kami melawan rasuah dan politik wang.

“Sokonglah kami sebagai pejuang untuk memulih bangsa yang berjaya dan mulia,” kata Dr. Mahathir dalam artikel terbaharu yang dikongsi di blognya.

Dalam entry terbaharu itu, Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaannya bahawa Malaysia sudah menjadi negara rasuah terutama dalam politik

Beliau turut mendakwa, elemen rasuah berlaku apabila kerajaan pilihan rakyat diganti dengan kerajaan yang dibeli oleh pihak tertentu.

“Hari ini di Malaysia sudah terdapat Kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Kerajaan Sabah pun hampir terguling kerana 13 ahli Kerajaan dibeli dengan bermillion Ringgit.

“Jika dua lagi ahli dapat dibeli, maka Kerajaan Sabah pilihan rakyat akan jatuh dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang.

“Di masa hadapan mereka yang mempunyai wang yang banyak boleh beli Kerajaan, bahkan mendiri Kerajaan. Sudah tentu Kerajaan yang dibeli ini akan diguna oleh penjenayah untuk jenayah mereka,” kata Dr. Mahathir.

Menurutnya, jika dibiar, rasuah akan berkembang dan akan merosakkan pentadbiran negara dan menghalang pembangunannya.

Tegas Dr. Mahathir, Pejuang sememangnya ditubuhkan untuk menentang dan membanteras rasuah.

“Jika Pejuang diberi sokongan dan peluang, sedikit sebanyak rasuah dan salah guna kuasa boleh dikurangkan.

“Pejuang menjemput mereka yang sedar akan bahaya rasuah untuk menyokong atau menyertai perjuangannya,” kata Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir, dalam negara yang Kerajaannya terdiri dari penjenayah tidak akan wujud kedaulatan undang-undang.

Justeru, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Pejuang akan mendaulatkan undang-undang jika dipilih menjadi kerajaan.

“Kami akan utamakan “The Rule of Law”.

“Kami tidak terikat dengan mana-mana parti campuran. Sebaliknya kami akan sokong mana-mana pihak yang utamakan prinsip-prinsip perjuangan kami,” kata Dr. Mahathir.-SM

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button