Luar Negara

Presiden Brazil tak hiraukan Covid-19, berarak bersama penyokong

PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro tidak mengendahkan ancaman virus corona yang semakin meningkat di negara itu dengan berarak bersama penyokongnya di jalanan.

Malah beliau juga turut membuka penutup hidup dan mulut serta tidak mempedulikan penjarakan sosial.

Beliau tiba di lokasi perarakan di luar istana presiden di Brasilia dengan memakai penutup hidup dan mulut berwarna putih.

Tetapi kemudian beliau menanggalkannya untuk bertemu dengan para penyokong yang sedang bersorak dan berjabat tangan serta meraikan penyokong-penyokongnya.

Perarakan itu berlangsung ketika Brazil muncul sebagai titik baharu penularan wabak Covid-19.

Dengan hampir 350,000 kes yang disahkan positif, Brazil kini merupakan negara kedua mempunyai kes Covid-19 tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Brazil kini sudah mencatatkan 22,000 kematian.

Bolsonaro sebelum ini membandingkan Covid-19 sebagai selesema ringan dan mengatakan langkah supaya rakyat duduk di rumah tidak perlu dan hanya akan menjejaskan ekonomi.  – Al Jazeera 

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button