Nasional

Tidak wajib tulis suhu badan

HANYA nama dan nombor telefon sahaja yang wajib dicatatkan ketika pemeriksaan di mana-mana premis perniagaan.

Suhu badan tidak perlu direkodkan kerana ia bercanggah dengan tatacara pengedalian data peribadi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjelaskan, penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan kerangka tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, berdasarkan garis panduan itu, hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan.

Ia direkodkan sama ada pada buku atau secara simpanan digital.

“Data peribadi hanya digunakan untuk pengesanan kontak, manakala tempoh simpanan data pengunjung ialah sehingga enam bulan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan mesti dimusnahkan dan dipadam secara kekal selepas sembilan bulan.

“Cuma sedikit kekeliruan, kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan maka dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah.

“Penulisan suhu badan tidak boleh dilakukan,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.- SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button