Bola SepakSukan

Aubameyang sambung kontrak bersama Gunners

PIERRE-EMERICK Aubameyang akhirnya bersetuju menandatangani kontrak baharu dan Arsenal akan terus berbelanja dalam pasaran perpindahan.

Penyerang Gunners, Aubameyang, 31, mengumumkan perjanjian baharunya yang melibatkan bayaran gaji sebanyak 250,000 pound (RM1.32 juta) seminggu dengan kontrak selama tiga tahun menerusi akaun media sosial, Instagram milik kelab itu yang turut disaksikan seramai 100,000 peminat.

“Saya sangat gembira untuk kekal di sini. Hari ini adalah hari yang indah. Saya mahu kekal di sini dan menjadi legenda Arsenal yang meninggalkan legasi.

“Peminat Arsenal, seperti yang anda tahu, saya baharu sahaja menandatangani ‘da ting’! Ia telahpun selesai, saya sangat gembira untuk kekal di sini. Di sini rumah saya. Hari ini hari yang hebat. Saya tidak sabar menantikan anda kembali ke sini,” kata Aubameyang.

Keputusan Aubameyang tersebut memberikan suntikan semangat buat Arsenal untuk mengekalkan penjaring terbanyak mereka itu dan kelab turut yakin Alexander Lacazette akan mengikut jejak langkah yang sama.

Namun, Arsenal tetap berada dalam pasaran dan Mikel Arteta menjangkakan kelab itu akan terus aktif dalam jendela perpindahan bagi mendapatkan dana yang mencukupi untuk membeli dua lagi pemain tengah.

Arsenal masih berhasrat mendapatkan khidmat pemain tengah Atletico Madrid, Thomas Partey yang berminat berpindah ke Emirates, musim panas ini, dan kelabnya mahukan 50 juta pound (RM265 juta).

Gunners juga berminat dengan perancang Lyon, Houssem Aouar, tetapi kelab Perancis itu meletakkan lebih 40 juta pound (RM212 juta) dan Arsenal perlu menjual pemain mereka bagi mendapatkan dana.

Emiliano Martinez juga difahamkan bersedia menyertai Aston Villa, manakala Sead Kolasinac, Matteo Guendouzi dan Lucas Torreira diberi lampu hijau meninggalkan pasukan.

Torreira bersedia berpindah ke Itali, sementara West Ham berminat mendapatkan khidmat Kolasinac dan Valencia pula berhajat membeli Guendouzi, selepas Arsenal gagal menjual pemain itu sebagai pertukaran dalam perjanjian untuk membawa masuk sama ada Aouar atau Partey.

Bagaimanapun, Arsenal enggan kehilangan Hector Bellerin, tetapi Paris Saint Germain berminat dengan pemain itu dan jika kelab Perancis tersebut melancarkan bidaan, sementara Gunners masih gagal menjual pemain mereka yang lain, maka ada kebarangkalian penjualan itu bakal berlaku. – Mirror UK – SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button