Ekonomi

Ribuan botol minuman hiasi Spritzer Eco Park

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Pengeluar air mineral terkemuka Spritzer buat pertama kali mendirikan hiasan lestari menggunaka botol minuman di Taiping, Perak sebagai tarikan utama di Spritzer EcoPark tahun ini.

Sempena menyambut musim perayaan yang akan tiba, Spritzer dalam kenyataannya berkata para pengunjung di Spritzer Eco Park itu boleh merakam gambar kenangan mereka di hadapan pokok setinggi 10 kaki yang dibina daripada botol-botol Spritzer Sparkling beserta lampu LED yang dililit kelilingnya yang mencetuskan suasana musim percutian dari 17 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.

Para pelawat juga boleh meneroka Terowong Seni Kitar Semula yang diperbuat daripada ribuan botol Air Mineral Semulajadi Spritzer dan juga merakam gambar untuk dimuat naik di sosial media ketika mereka mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan mengalu-alukan tahun 2022 dengan harapan dan permulaan baharu.

“Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan termasuk permainan golf mini pakej dengan bola golf LED istimewa pada hari musim ini, kraf DIY bertema Krismas, termasuk kotak hadiah buatan tangan dengan bahan guna semula yang diadakan pada waktu tertentu yang telah ditetapkan,” kata Spritzer di sini hari ini.

Di samping itu, para pelawat boleh menyegarkan tekak dengan edisi khas minuman berperisa Tropical Fizz Spritzer Sparkling dan juga lolipop berdekorasi Krismas.

Spritzer menitikberatkan keselamatan dan kesihatan para kakitangan, vendor dan pelawat.

Acara ini akan diadakan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang merangkumi check in MySejahtera, penjarakan sosial, pelitup muka dipakai setiap masa dan cecair sanitasi akan disediakan di pelbagai lokasi di dalam kawasan Spritzer EcoPark.

Spritzer berharap untuk menerima dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung dalam keadaan selamat.

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button