Hiburan

Pengguna perlu bijak dapatkan tiket konsert Coldplay

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihati pengguna agar membuat pembelian yang bijak dengan mendapatkan tiket daripada saluran jualan rasmi dan sah.

Sebagai pelanggan, pengguna berhak memilih tiket pada harga yang bersesuaian dengan kemampuan mereka dan penawaran harga yang berpatutan oleh peniaga.

Namun jika pembeli merasakan wujudnya unsur penipuan dalam urusan pembelian tiket tersebut, mereka wajar membuat aduan rasmi kepada KPDN dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

Demikian menurut kenyataan kementerian berhubung isu penjualan semula tiket konsert artis berkumplan dari Britain, Coldplay pada harga yang terlalu tinggi.

Menurut pihak KPDN itu lagi, aduan rasmi yang dibuat itu adalah untuk membolehkan siasatan dijalankan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain Kementerian.

“KPDN menyeru kepada semua peniaga agar lebih beretika dalam urusniaga dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan di bawah manamana undang-undang,” katanya. – SM

BACA KPDN belum dapat laporan jualan tiket Coldplay RM43,000

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button