Politik

Tok Mat ganti Tajuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan pelantikan itu berkata, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO tersebut bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan kedudukan YB Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional.

“UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” katanya.

Mohamad ketika ini turut menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO.-SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button