Rencah Hidup

Rezeki hari Jumaat, 5 adik Food Panda dapat basikal dari Ebit

HARI Jumaat yang penuh berkat menjadi hari rezeki kepada lima penghantar muda Food Panda apabila pendakwah bebas Ebit Lew menghadiahkan mereka sebuah basikal lipat sebuah setiap orang.

Sebelum ini mereka menghantar makanan kepada pelanggan yang menempah pesanan melalui Food Panda dengan berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam.

Foto: FB Ebit Lew

Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kenderaan hatta sebuah basikal pun kerana tidak mampu untuk membeli. Mereka juga tidak mempunyai lesen untuk menunggang motorsikal bagi membuat penghantaran.

“Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda.

“Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu RM100 hingga RM300. Muka semua rajin dan baik-baik jer.

“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik LRT. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh.
Special untuk mereka.,” kata Ebit.

Menurutnya setiap seorang daripada mereka mempunya kisah yang menyentuh perasaan.

Ahli perniagaan yang telah membuka banyak rangkaian pasar raya Elewsmart berkata, dia sedih mendengar latar belakang keluarga masing-masing.

Mereka melakukan pekerjaan yang menjerihkan dengan berjalan kaki menghantar makanan kerana mahu menyara keluarga.

“Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga.

“Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni RM450. Suami tukang urut dapat RM400 juga,” kata Ebit.

Foto: FB Ebit Lew

Seorang lagi pemuda melakukan pekerjaan itu sebaik tamat mengambil Sijil Pelajaran malaysia. Dia mahu membantu emaknya yang merupakan ibu tunggal.

Menurut Ebit, dia benar-benar terkesan dengan kisah masing-masing yang rajin dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

“Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berpisah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rRM500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri.

“Aduh menangis dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan RM700 ke RM800. Sayu hati ni.

“Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada disitu tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki,” doa Ebit.-SM

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button