Rencah HidupUncategorized

Tergamak samun warga emas tengah pitam

BUKANNYA ingin menolong malah dua lelaki tergamak mencuri barangan milik seorang warga emas yang pitam di atas jejantas.

Lebih menyayat hati, warga emas itu sedang dalam keadaan terduduk dan motosikalnya sudah tumbang ketika ditemui oleh orang ramai.

Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh seorang penguna Facebook yang dikenali sebagai Faz Maz.

Faz Maz yang merupakan seorang penghantar (rider) berkata, dia menemui lelaki warga emas itu pitam di atas jejantas semasa dia selesai menghantar pesanan sekitar kawasan tersebut.

“Sampai di atas (jejambat) pak cik ini dah terduduk dengan motor dah tumbang, saya tanya kenapa pak cik, macam mana boleh jatuh ini?

“Pak cik itu bagitahu dia pitam, begnya telah diambil oleh dua lelaki. Pak cik ingat dia nak tolong,” katanya.

Faz Maz turut memberitahu bahawa dua lelaki tersebut menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

Tambahnya, dia meminta individu yang telah mencuri barang warga emas tersebut untuk pulangkan semula barang itu.

“Allah akan balas atas perbuatan kamu, kamu ada ayah kan? Jadi macam ini pada ayah kamu baru tau rasa dunia ini bulat,” katanya.

Perkongsian itu telah mengundang simpati orang ramai dan rata-rata orang ramai mengecam tindakan pencuri terbabit serta menyifatkan mereka tidak berperikemanusiaan.-SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button