
Revolusi Harimau Malaya tunjuk belang, belasah Vietnam 4-0
REVOLUSI Harimau Malaya yang dikemudi oleh Peter Cklamovski menampakkan hasil apabila berjaya membelasah jaguh ASEAN, Vietnam 4-0.
Ini adalah kemenangan yang jarang-jarang berlaku oleh kebangsaan ke atas skuad negara itu dan diharapkan akan menjadi titik tolek mengembalikan maruah bola sepak negara.
Kemenangan itu turut menjustifikasikan kemasukan pemain warisan ke dalam skuad kebangsaan di mana mereka membantu menghasilkan permainan yang mantap pada perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Gagal menjaringkang sebarang gol pada separuh masa pertama, penyerang Joao Vitor Figueiredo memecah kebuntuan menjaring gol pertama pada separuh masa kedua semasa minit ke-49 hasil leretan bola oleh pemain lincah Arif Aiman.
Pada minit 58, giliran Rodrigo Holgado pula menambah jaringan biarpun mengalami kecederaan di kepala pada separuh masa kedua.