AgamaNasional

Restoran, kedai makan pamer gegantung “Sunnah ketika makan”

KEMPEN Perlis Berzikir terus diperluas. Terbaharu bagi pelaksanaan kempen ini, Jabatan Mufti Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyediakan 100 “bunting” atau gegantung “Sunnah Ketika Makan”.

Gegantung ini diedarkan secara percuma kepada pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negeri ini.

MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Pelancaran kempen ini telah dilakukan oleh Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di Masjid Alwi, hari ini.

Beliau juga menyampaikan gegantung ini kepada beberapa pengusaha restoran dan kedai makan di sekitar Perlis.

Mohd. Asri berkata, Islam amat menitikberatkan adab termasuk ketika makan.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya pelanggan yang masuk ke restoran atau kedai makan akan membaca apa yang tertulis di gegantung ini.

“Jadi ia akan menggalakkan setiap pelanggan ikut sepenuhnya amalan Sunnah ketika waktu makan,” katanya.

Ada pengusaha sudah mempamer gegantung “Sunnah Ketika Makan” di kedai makan.

Mohd. Asri berkata, jika gegantung yang dicetak itu habis, pihaknya akan menambah jika ada permintaan daripada penguasaha restoran dan kedai makan.

Kaunter yang dibuka untuk pengambilan gegantung di Masjid Alwi hari ini juga mendapat sambutan apabila dikunjungi oleh pengusaha dan kedai makan.

Salah seorang pengusaha kedai makan menerima gegantung “Sunnah Ketika Makan” daripada kakitangan Jabatan Mufti sambil diperhatikan Mohd Asri Zainul Abidin di Masjid Alwi, Kangar petang ini.

Kebanyakannya menyifatkan  ia sebagai satu usaha yang menarik bagi menggembangkan amalan sunah di dalam kehidupan seharian termasuk adab makan.

Jabatan Mufti juga menerima gambar yang dihantar oleh pengusaha restoran dan kedai makan yang teruja dan sudah siap meletakkan gegantung ini di premis masing-masing. – SM

(Visited 1,229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button