KebakaranNasional

24 nelayan nyaris maut bot terbakar

BERPANTANG maut sebelum ajal. Begitulah pepatah yang sangat tepat digunakan terhadap 24 kru bot nelayan pukat bilis nyaris maut apabila bot mereka terbakar di perairan Pulau Buyong, Langkawi, malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 7.30 malam, semua kru diselamatkan bot bilis dan nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Langkawi, SUP Shariman Ashari berkata, tiada mangsa mengalami kecederaan serius.

“Maklumat kebakaran bot bilis KH 455 disalurkan oleh Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPMO) Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi.

“PPM turut memaklumkan kejadian sama kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk bertindak,” katanya.

Shariman berkata, semua 24 kru termasuk tekong yang berjaya diselamatkan dibawa oleh PPM ke pangkalan mereka di Bukit Malut. – SM

 

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button