Nasional

RESQ Team UPSI komited bantu mangsa banjir di Johor

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam menggerakan Pasukan ResQ selaras dengan misi Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) dan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu operasi pasca banjir di Batu Pahat, Johor.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Norkhalid Salimin bersama sukarelawan ResQ Team UPSI sebelum berlepas ke Johor.

Majlis Pelepasan Pasukan Penjawat Awam Pasca Banjir ke Johor dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, seramai 25 sukarelawan UPSI yang diketuai oleh Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof Madya Dr Mohd Azlan Hanafiah bersama kekuatan jentera terdiri daripada dua buah kenderaan pacuan empat roda, sebuah bas serta pelbagai peralatan pembersihan tampil turun padang bagi membantu mangsa pasca banjir di Johor kali ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali merasmikan pelepasan sukarelawan bagi misi pasca banjir di Johor.

Menurut beliau Pasukan ResQ turut mengagihkan barangan sumbangan berbentuk keperluan barang makanan kering dan keperluan asas hasil sumbangan dari Badan Bukan Kejrajaan (NGO), Vestime Synergy Sdn Bhd dan Yayasan Amal ASAS melalui tabung UPSI Prihatin di kawasan Batu Pahat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof Norkhalid Salimin berkata UPSI sentiasa peka dan siap sedia membantu mangsa yang ditimpa bencana dan ini adalah satu permulaan yang baik sebelum Ramadan serta satu ibadah yang kita sempurnakan dengan baik.

Beliau berharap semoga bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terkesan terutama menjelang Ramadan.

ResQ Team UPSI yang bersedia melaksanakan misi pasca banjir di Johor.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada semua sukarelawan yang terbabit secara sukarela berkhidmat lebih daripada tugas hakiki dalam menghulurkan tenaga, bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terkesan,” ujarnya ketika sesi flag off pagi semalam. -SM

BACA JUGA : https://suaramerdeka.com.my/menteri-pendidikan-teruja-pengorbanan-sukarelawan-upsi-bantu-mangsa-banjir/

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button