Ekonomi

Respons baik Amer International Group melabur di Malaysia

PRESIDEN Kehormat Pertubuhan UAV Dunia (WUAVF), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengundang syarikat Amer Internatioal Group (Amer) di Shenzhen, China untuk melabur di Malaysia.

Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan kepada Amer, Malaysia  adalah negara pengeluar utama semikonduktur dunia dan boleh melabur dalam industr-industri lain.

PRESIDEN Kehormat Pertubuhan UAV Dunia (WUAVF), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat pejabat Amer International Group (Amer) di Shenzhen, China. – GAMBAR TANGKAP LAYAR FACEBOOK

Ismail Sabri berkata, kunjungan beliau ke Amer, Syarikat Multi Nasional (MNC) yang merupakan firma keempat terbesar di China disambut oleh Presiden Perancangan Strategi Amer, Zhou Xiaohu dan Pengurus Besarnya, Chen Jimeng.

“Amer ialah syarikat MNC yang berada di kedudukan ke-76 dalam Fortune 500. Mereka dalam bidang mineral dan semikonduktur memberi respons yang sangat positif atas undangan kita,” katanya dalam catatan yang dikongsi di Facebook beliau.

Kata Ismail Sabri, turut sama dalam rombongan tersebut ialah Presiden Persatuan Pembangunan UAV Malaysia, Datuk Lester Tay dan Adnan Aboo Bakar dari Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou.

Selaku Presiden World UAVF, Ismail Sabri berkata, sejajar dengan industry dron yang berkembang sangat pantas, teknologi ini harus dikuasai dengan segera.

Sehubungan itu, pengeluar-pengeluar utama dron sedang sedaya upaya untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu yang lebih besar bagi memudahkan urusan harian.

“Teknologi ini harus dikuasai dengan segera. Jika dahulu, dron digunakan oleh tentera tetapi hari ini, ia menjadi satu teknologi yang melibatkan semua bidang sama ada di darat, bawah air atau pun udara,” ujar beliau.

Ismail Sabri berkata, beliau akan membantu pertubuhan ini untuk mempromosikan industri tersebut demi kesejahteraan dunia. – SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button