NasionalNegeri

Persiap generasi muda dengan keperluan pada abad ini

Pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan murid-murid sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut sahaja amatlah penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ini.

Usaha yang bersepadu perlu dilakukan oleh semua lapisan komuniti agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat aktiviti pelajar pada Program Madani Anak Bangsa ‘Membangun Potensi, Membina Masa Depan’ anjuran UCMI di SMK Guar Nangka, Perlis.

Selain itu, murid yang bermoral tinggi akan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka seharian.

Senario ini, membantu murid untuk tidak terjebak dengan permasalahan sosial.

Ibu bapa juga perlulah menjadi suri teladan terbaik kepada anak-anak di rumah.

Sesungguhnya murid-murid pada hari ini merupakan pewaris yang bakal mendukung impian dan harapan negeri dan juga negara satu hari nanti.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meninjau Program Madani Anak Bangsa ‘Membangun Potensi, Membina Masa Depan’ anjuran Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan meninjau Program Madani Anak Bangsa ‘Membangun Potensi, Membina Masa Depan’ anjuran UCMI di SMK Guar Nangka, Perlis.

Program selama dua hari tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBGnya, Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), TAWFEQ (Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq) UCMI dan juga Tuanku Lailatul Shahreen Centre Of Children’s Industry and Livelihood (CCMI) UCMI.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dilaksanakan sempena program tersebut ialah 5 Bengkel Percuma, Pameran Pendidikan, Temuduga Terbuka, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Kenduri Komuniti dan juga ‘Tour De Faculty’.

Pada hari pertama program, para pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada 20 buah sekolah di negeri Perlis turut hadir mendapat input dan informasi terkini mengenai peluang-peluang bagi melanjutkan pelajaran peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai program yang ditawarkan di UCMI.- SM

BACA UniMAP pelopori pendidikan secara fleksibel – Pemangku Raja Perlis

BACA Anak muda perlu ceburi agromakanan – Pemangku Raja Perlis

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button