Bola SepakSukan

Luqman Hakim gembira jaring gol kemenangan KV Kortrijk B-21

PEMAIN muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin yang berkelana di Belgium mula mempamerkan bisa selaku penyerang berbakat besar apabila jaringan tunggalnya membantu kelab yang diwakili iaitu pasukan Bawah 21 Tahun (B-21) KV Kortrijk meraih kemenangan dalam saingan Kumpulan 2 Liga Belgium B-21, semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat turun Facebook KV Kortrijk, hari ini, gol tunggal yang disempurnakan oleh pemain berusia 18 tahun itu pada minit ke-83 sudah memadai membantu pasukannya mencatat kemenangan 1-0 ke atas KFCO Beerschot Wilrijk.

Dalam video itu juga, Luqman melahirkan rasa gembiranya dapat menjaringkan gol kemenangan tersebut.

“Saya telah menerima satu hantaran lintang yang baik daripada rakan sepasukan, Loic (Ritiere). Saya terus tanduk bola itu, saya sangat gembira.

“Saya lama tak bermain di Malaysia dan perlawanan ini adalah aksi rasmi pertama saya bagi tahun 2020.

“Rakan sepasukan yang baharu, pasukan yang baharu dan saya berjaya menjaringkan gol kemenangan, sudah tentu saya sangat gembira,” kata Luqman.

Memetik laporan int. soccerway.com pula, kejayaan tersebut merupakan kemenangan keempat dicatat KV Kortrijk daripada enam perlawanan.

Malah hasil daripada pencapaian itu juga menyaksikan mereka kini menghuni tangga keempat setelah mengumpul 14 mata keseluruhan menerusi empat kemenangan dan dua kali seri.

Luqman Hakim terbang ke Belgium, Ogos lalu dan telah menandatangani kontrak jangka panjang selama lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. – SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button