fbpx
Uncategorized

Reman ke atas suspek jual organ manusia disambung lima hari lagi

MAHKAMAH Majistret Kota Kinabalu mengarahkan tempoh reman ke atas seorang lelaki sejak 14 Ogos lalu untuk siasatan berhubung aktiviti pemerdagangan organ manusia bagi pasaran antarabangsa disambung lima hari lagi memandangkan siasatan kes itu masih belum lagi selesai.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuching yang bertindak sebagai Majistret, Dora Undau mengeluarkan perintah itu terhadap lelaki berusia 48 tahun tersebut berikutan permohonan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat, ASP Nor Elyanis Mohd. Yusoff.

Suspek dibawa ke mahkamah hari ini selepas perintah tahanan reman pertama selama tujuh hari tamat semalam, selepas dia tampil menyerah diri pada 13 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M M Sree dalam kenyataan selepas lelaki itu ditahan berkata, suspek menyerah diri di IPD Kuching selepas menyedari dirinya diburu polis berikutan pendedahannya kepada akhbar tabloid Britain bahawa dia adalah broker aktiviti jual beli organ manusia.

Dalam artikel pada 8 Ogos lalu, The Sun melaporkan lelaki itu telah memberitahu kepada wartawanya yang  menyamar bahawa suspek adalah broker pemerdagangan organ manusia yang diperoleh daripada mangsa miskin.


Dalam artikel itu, suspek memberitahu kepada wartawan berkenaan yang dia boleh mengaturkan pakej pelancongan pemindahan organ secara haram untuk warga Britain dengan kos 85,000 pound sterling (kira-kira RM469,977).

Dia juga dilaporkan mendalangi 45 penjualan buah pinggang secara haram dan menggunakan Facebook untuk mempengaruhi mangsa miskin dari seluruh dunia untuk menjual organ mereka kepada pesakit yang amat memerlukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button