Nasionalpilihan

Gaduh angkara isu kewangan, bayi maut ditetak bapa saudara

PERGADUHAN sesama ahli keluarga yang berpunca daripada isu kewangan akhirnya membawa kematian kepada seorang bayi berusia setahun 8 bulan, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.25 tengah hari di Kampung Parit Mahang Jeram, Selangor di mana bayi tersebut telah ditetak oleh bapa saudaranya.

Ibu bapa kepada bayi yang maut itu juga turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek yang berusia 27 tahun pada mulanya telah ditahan oleh ahli keluarga sebelum itu.

“Tangkapan semula telah kita lakukan kira-kira pukul 1.30 petang dan turut dirampas di lokasi kejadian ialah sebulan parang panjang.

“Semasa tangkapan semula dibuat, kita mendapati suspek mengalami kecederaan dipercayai akibat pergelutan antara ahli keluarga ketika mereka mahu menangkap suspek,” katanya.

Menurut Arjunaidi suspek kemudian telah dibawa ke IPD Kuala Selangor sebelum didapati berada dalam keadaan lemah kira-kira pukul 4 petang.

Jelasnya, suspek kemudian telah dibawa ke Hospital Tanjung Karang namun disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat kira-kira pukul 6.37 petang.

“Bedah siasat akan dijalankan seberapa segera selepas hosputal mendapatkan keputusan ujian saringan,” katanya.

Dalam pada itu, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarganya untuk mendapatkan punca sebenar kematian suspek.

Tambahnya, kertas siasatan akan dibuka dan tumpuan akan diberikan kepada aspek SOP ‘Duty Of Care’ dan kelakuan jenayah semasa mengurus suspek. -SM

(Visited 555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button