Politik

Kita tidak perlu darurat – Penganalisis Politik – Prof. Dr. Fithri

PETANG Ahad ini rakyat marhaen akan menunggu khabar daripada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang besar kemungkingan berkaitan dengan sitausi wabak Covid-19 gelombang ketiga yang melanda negara.

Selain itu, tidak siapapun tahu sehingga diberitakan kelak, apakah butir mesyuarat Majlis Raja-
Raja pada pukul 2.30 petang nanti, itupun jika tiada perubahan.

Apakah akan turut dibincangkan situasi politik semasa dan pengumuman darurat kesihatan?

Sebenarnya, menurut Penganalisis Politik, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman,  kita tidak perlu kepada darurat.

“Ini kerana kita masih mempunyai aset untuk mengurus Covid-19 ini dengan baik. Baik masa ini, keadaan masih terurus dan pertumbuhan ekonomi masih berjalan walaupun tidak begitu rancak,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA.

Kata Dr. Fithri lagi, dalam kemelut politik yang melanda negara sekarang ini, UMNO khususnya yang dikatakan memulakan pergolakkan ketidak seimbangan dalam pentadbiran politik oleh sesetengah pihak telah membuat keputusan melakukan  genjatan politik dan menumpukan membantu kebajikan rakyat yang teramat pejnting dalam situasi Covid-19 gelombang ketiga.

UMNO telah meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya, kata beliau.

“Namun sebenarnya ia bermula dari kenyataan Anwar Ibrahim yang mengatakan kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah hancur.

“Ia kemudian disusuli dengan Anwar Ibrahim pergi mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengatakan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat walaupun tiada senarai nama yang diserahkan (mengikut kenyataan Istana Negara),” ujar Dr. Fithri.

Beliau menambah, apabila ini berlaku maka kerisauan Perdana Menteri (PM) memuncak.

“PM sudah merasakan dirinya tidak disokong oleh Dewan Rakyat dari rentetant surat Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dan 5 orang dari Ahli Parlimen yang lain.

“Kemungkinan bajet yang mahu dibentang juga tidak akan mendapat sokongan memandangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai 113 Ahli Parlimen sahaja,” kata Dr. Fithri.

Beliau juga berkata, pelbagai sudut dilihat oleh PM bagi mengurus perkara ini sebaik mungkin.

“Namun PM tahu jika Bajet ini tidak disokong maka ianya satu tamparan hebat kepada pentabdirannya,” ujar beliau.

Dr. Fithri juga berkata, kesan kepada rakyat adalah jelas dimana segala bajet pengurusan dan perbelanjaan untuk pembangunan tidak dapat diluluskan menjelang 2021.

Apa jua perancangan tidak dapat dilaksanakan. Dan ia menunjukkan bahawa Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat, kata Dr. Fithri.

Dr. Fithri berkata: “Kalau kita mengikuti perbahasan Prof. Shamrahayu, walaupun darurat, ia bukan darurat Keselamatan tetapi Darurat Kesihatan.

“Maka ia tidak menharuskan Parlimen itu digantung mahupun dibubarkan. Tetapi apakah Kerajaan dibawah pentadbiran YAB Tan Sri Muhyiddin mahu mengambil risiko untuk tidak membubarkan Parlimen atau meminta ia digantung sehingga Covid-19 ini dapat diselesaikan?

“Apa pun keadaan, keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan sempurna dan diurus dengan baik.” – SM

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button