Politik
Trending

Majoriti rakyat mahukan negara bebas daripada DAP

DARI FACEBOOK DR. MAZA

Kita menjunjung kasih kepada DYMM SPBYDA yang telah menamatkan krisis jawatan PM Malaysia dengan perlantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai YAB PM Malaysia yang kelapan. Kita berdoa semoga negara terus aman dan sejahtera.

Tahniah kepada YAB TS Muhyiddin Yassin yang telah dilantik. Rakyat inginkan negara yang aman, adil, makmur dan terjamin hak-hak asasi setiap warganya. Majoriti rakyat juga mahukan negara yang bebas dari DAP yang sering menzahirkan ketegangan dengan masyarakat muslim, bebas juga dari pelampau mana-mana kaum dan agama, bebas dari golongan korupsi yang merosakkan harta negara dan awam dan bebas dari pemimpin-pemimpin kerajaan yang kelihatan ‘tidak cerdik’ dalam kenyataan dan tindakan .

Selamat memerintah negara yang tercinta ini sehingga satu tempoh yang diizinkan ALLAH. Ia merupakan satu amanah yang akan dipertanggungjawab pada Hari Akhirat kelak.

JANGAN LANTIK MUSUH

Pada petang ini, marilah kita mengambil sedikit masa bertadabbur ayat ALLAH yang mengingatkan kita bagaimana kita menguruskan tadbir kehidupan kita. Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran ayat 118:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةࣰ مِّن دُونِكُمۡ لَا یَأۡلُونَكُمۡ خَبَالࣰا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَاۤءُ مِنۡ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَمَا تُخۡفِی صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَیَّنَّا لَكُمُ ٱلۡـَٔایَـٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil ‘orang dalam’ (yang dipercayai dan diserah urusan penting) selain dari kalangan kamu (orang beriman). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka suka apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka dari mulut-mulut mereka, dan apa dada mereka sembunyikan lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) berakal”.

In English: “O you who have believed, do not take as intimates those other than yourselves, for they will not spare you [any] ruin. They wish you would have hardship. Hatred has already appeared from their mouths, and what their breasts conceal is greater. We have certainly made clear to you the signs, if you will use reason”.

-Ayat ini melarang mengambil golongan ANTI-Islam memegang urusan penting dalam kehidupan kita.

Tanda mereka itu anti-Islam ialah;

1. Mereka tidak henti-henti mencari jalan merosakkan masyarakat muslim.
2. Mereka suka jika masyarakat muslim dalam kesusahan.
3. Kebencian terhadap Islam itu jelas zahir dari mulut mereka dan apa yang tersembunyi dalam dada mereka lebih besar.

Sepanjang zaman, ayat ini pasti dibenci oleh musuh-musuh Islam dan ‘khadam-khadam’ mereka. Mereka akan memarahi sesiapa yang membaca atau sesiapa menjelaskan maksud ayat ini.

Selamat beristirahat bersama keluarga sambil memikirkan amaran Allah dalam ayat ini.

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button