Kebakaran

35 ekor kambing mati dalam kebakaran awal pagi

IPOH: Seorang penternak menanggung kerugian ribuan ringgit selepas 35 ekor kambingnya mati dalam kebakaran di Dataran Pengkalan Barat 16, Taman Temara di sini, awal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.29 pagi.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sebuah sangkar kayu berukuran 500 meter persegi, terbakar.

“Ketika itu, kira-kira 50 peratus struktur kayu itu terbakar, bersama 35 ekor kambing di dalamnya, manakala 22 ekor kambing lagi berjaya diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata api berjaya dikawal kira-kira jam 1.30 pagi dan padam sepenuhnya kira-kira lebih sejam kemudian,” katanya.

 

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button