Nasional

Isu kalimah ‘Allah’ bakal dibincangkan oleh MKI – PM

Pm setuju isu kalimah 'Allah' di bawa ke MKI

MAJLIS Raja-Raja dijangka membincangkan isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam di Malaysia, selepas majlis penasihat Raja-raja membincangkan isu ini pada Ogos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar berkata demikian selepas pertemuannya hari ini dengan Sultan Selangor, yang juga pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

“Selepas berbincang dengan DYMM Sultan Selangor, saya menghormati pandangan Duli Yang Maha Mulia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam di Sabah dan Sarawak adalah lebih sesuai untuk diperkemaskan.

“Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia selaku pengerusi MKI telah berkenan perkara ini dibincangkan oleh majlis itu pada Ogos ini, sebelum dibawa untuk diteliti oleh Majlis Raja-Raja Oktober ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata pendirian kerajaan persekutuan adalah untuk mengiktiraf dan menggunakan dasar sedia ada yang mengehadkan penggunaan kalimah “Allah” kepada orang Islam di Semenanjung Malaysia dan memberi kelonggaran bersyarat bagi dasar ini untuk bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan juga komited dalam memperkemas dasar sedia ada berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja yang akan dikekalkan sebagai dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam di Malaysia,” katanya. -SM

Baca juga : PM ucap tahniah kepada kontinjen Sukan Para Asean Malaysia

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button