Politik

Tahniah Anwar Ibrahim!

DATUK Seri Anwar Ibrahim akhirnya bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pukul 5 petang ini.

Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri. Beliau merupakan perdana menteri yang paling lama menunggu lebih dua dekat.

Beliau juga menempuh dugaan yang sangat besar hingga meringkuk di dalam penjara selama 11 tahun.

Bagi kebanyakan orang sehari di dalam penjara sudah cukup membunuh semangat untuk hidup, apatah 11 tahun.

Beliau bukan manusia biasa yang mampu melalui semua itu.

Beliau ialah pemimpin yang kenal kawan dan lawan. Beliau pernah bersama denga UMNO sehingga selangkah sahaja lagi untuk menjadi perdana menteri, tetapi beliau tersandung dengan pelbagai tuduhan dan meringkuk di penjara.

Peristiwa pada 1998 itu mengubah perjalanan politik beliau. Selain menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kemudian bekerjasama dengan Pas, DAP dan pihak-pihak lain.

Beliau cukup memahami semua para kepala parti di negara ini dan di sini terletak kelebihan Anwar untuk mendamaikan semua pihak yang bertelagah sebelum ini.

Namun cabaran yang paling besar kini ialah untuk memulihkan ekonomi negara.

Gelaran yang dibawa sebagai menteri kewangan terbaik Asia menjadi taruhan.

Cabarannya kini subsidi kerajaan terhadap bahan bakar, minyak masak dan elektrik telah mencapai RM80 bilion.

Jika subsidi berkenaan ditarik harga barangan akan melonjak naik dan menyebabkan negara terdedah kepada inflasi yang buruk.

Hutang negara yang kini telah mencecah RM979.814 bilion atau 63.4 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kadar itu merupakan yang terkini berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2021 dan merupakan peningkatan sebanyak RM100 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan ini juga menyebabkan liabiliti keseluruhan kerajaan Persekutuan pada 2021 berjumlah RM1.298 trillion atau 84 peratus dari KDNK.

Tahniah Anwar dan selamat bertugas.

 

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button