fbpx
Nasional

Rekabentuk Perkampungan al-Quran sudah siap

Rekabentuk Perkampungan Al-Quran sudahpun hampir siap dan akan memulakan pembinaannya di pusat pentabiran kerajaan, Putrajaya tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, peruntukan awal bagi pembinaan perkampungan itu di atas tapak seluas 20 ekar sudahpun diluluskan.

“Alhamdulillah rekabentuk Perkampungan al-Quran telah hampir siap. Pada dasarnya kerajaan sudah setuju. Peruntukan awal sudah diluluskan dan tapak 20 ekar juga sudah diluluskan.

“Kita akan memulakan pembinaan 2021 Insya-Allah. Satu-satunya projek di dunia Islam. Biar Malaysia mempeloporinya,” kata Annuar.

Perkampungan Al-Quran akan dibangunkan dengan kos kira-kira RM150 juta. Antara lain perkampungan itu akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan ‘al-Quran’ bernilai RM50 juta.


Masjid baharu itu di Perkampungan al-Quran itu menjadi masjid ketiga di Putrajaya dan akan dibina di Presint 14.

Pembinaan Perkampungan al-Quran adalah langkah untuk memperluaskan lagi identiti bandar pentadbiran negara itu yang sinonim dengan seni bina serta ‘roh’ Islam dan juga lokasi pusat pencetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button