Nasional

Rejimen 504 AW teruskan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia meneruskan pelaksanaan ‘Program Penghijauan Malaysia : Kempen Penanaman 100 Juta Pokok’ di sekitar Kem Bukit Keteri, Perlis.

Menurut Timbalan Komander rejimen tersebut, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak , ‘Pelaksanaan program tersebut dengan kolaborasi Jabatan Perhutanan Negeri Perlis adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan serta kualiti
hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita’.

Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah telah berkenan berangkat menyempurnakan simbolik penanaman pokok hutan dan pokok buah di hadapan Markas Rejimen baru-baru ini.

Hadir sama ialah Panglima 30 Briged selaku ‘Appointed Military Commander’ (AMC) Perlis, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Ag. Shaffie Ag. Ahmadni.

Sementara itu Tuanku Raja Muda menerangkan bahawa ‘Program berkenaan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga amat tertarik dengan kempen ‘Tsunami Pokok Billion’ di negara Pakistan yang telah dipersembahmaklumkan kepada baginda ketika lawatan ke Islamabad pada awal tahun lalu dan telah dilaksanakan sejak tahun 2014 oleh pemerintah Khyber Pakhtunkhwa sebagai tindak balas terhadap cabaran pemanasan global. ‘Billion Tree Tsunami Pakistan’ bertujuan bagi mengembalikan 350,000 hektar hutan dan tanah yang terdegradasi di negara berkenaan.

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button