NasionalNegeri

Rejimen 504 Askar Wataniah siap sedia terima tetamu Diraja hadir SKAW – Raja Muda Perlis

Rejimen 504 Askar Wataniah sudah bersiap sedia menerima keberangkatan tetamu-tetamu Diraja ke negeri Perlis bagi menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 33/2022 bermula 28 hingga 30 Oktober ini.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri sesi raptai akhir yang diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra semalam.

Antara tetamu Diraja yang akan berangkat ke Perlis bagi menghadiri persidangan tersebut adalah Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (Komander Rejimen 513 AW), Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan, Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Komander Rejimen 508 AW).

Tengku Seri Temenggong Raja Tetengganu, Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander (Rejimen 512 AW) dan Tengku Panglima Raja Pahang, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Komander Rejimen 505 AW). – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button