Politik

Perlu adakan PRU-15 dapat selamatkan ekonomi negara – Muhyiddin

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah jalan penyelesaian terbaik bagi memulihkan masalah
ekonomi yang teruk melanda negara ketika ini kata Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, walaupun ada sebuah kerajaan yang memerintah tetapi rakyat dilihat masih tidak yakin dengan kemampuan untuk memikul tugas sebaiknya.

Menjelaskan perkara tersebut beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, situasi politik negara sememangnya tidak setabil dan perkara tersebut disedari dalam kalangan pimpinan politik lain.

“Situasi politik negara kini sebenarnya terumbang-ambing walaupun ada sebuah kerajaan tetapi rakyat masih tidak yakin dengan kemampuan untuk memikul tugas sebaik-baiknya.

“Dalam keadaan di mana ia saling bertukar sebulan sekali, setahun sekali dan akhirnya memberikan kesan yang besar kepada keyakinan rakyat dan juga keyakinan pelabur-pelabur asing terhadap negara kita.

“Sebab itu mesti ada satu penyelesaian terbaik dan yang terbaik ialah perlu diadakan PRU-15. Bila ada
pilihan raya pihak kerajaan dan perdana menteri akan dipilih untuk meneruskan agenda memulihkan negara,” ujarnya.

Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Jamuan Rumah Terbuka Naib Presiden Bersatu dan Bersatu Bahagian Tangga Batu di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka.

Beliau berucap pada Jamun Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden Bersatu dan Bersatu Bahagian Tangga Batu di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong dekat sini malam tadi. Turut hadir Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, sektor pelancongan adalah yang paling teruk terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kerugian kepada negara mencecah RM80 bilion manakala di peringkat domestik pula kira-kira RM30 bilion.

Jelasnya, usaha untuk memulihkan sektor tersebut bukan perkara yang mudah namun jika diberikan perhatian khususnya oleh pimpinan kerajaan dan agensi berkaitan, proses itu dapat dilaksanakan dalam tempoh yang tidak berapa panjang.

“Baru-baru ini saya mempengerusikan mesyuarat MPN apabila Tourism Malaysia membentangkan laporan apa yang disebutkan sebagai usaha untuk memulihkan sektor pelancongan di negara kita.

“Tetapi satu perkara yang saya tegur dalam mesyuarat itu ialah disebutkan sektor pelancongan negara mengambil masa lima tahun untuk pulih iaitu sama dengan Rancangan Malaysia Lima Tahun,” ujarnya.

Menurutnya, tempoh tersebut dilihat terlalu panjang dan sudah tentu dalam tempoh tersebut akan berlaku banyak isu-isu dan masalah lain.

Justeru katanya, beliau telah meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meneliti semula laporan tersebut dan jika boleh ia dapat dipendekkan antara empat atau tiga tahun. – SM Melaka

Baca juga artikel ini > MPN sokong langkah mansuh AP bahan makanan – Muhyiddin

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button