Nasional

Sultan Johor Perkenan Senarai Barisan EXCO, Dijadualkan Angkat Sumpah Sabtu Ini

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sudah memperkenankan senarai barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) bagi dilantik dan mengangkat sumpah.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia berikutan beliau sudah mempersembahkan senarai barisan EXCO itu kepada Sultan Ibrahim, pagi tadi.

“Sultan Ibrahim memperkenankan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli EXCO diadakan pada Sabtu ini (26 Mac) , di Balai Mengadap Istana Bukit Serene. Menjunjung kasih Tuanku,” katanya dalam muat naik di akaun Facebook, pagi ini.

Pada 18 Mac lalu, media melaporkan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Onn Hafiz, dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kira-kira jam 3 petang hari berkenaan.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button