GajetUlasan

Realme 8 5G harga hanya RM799

APA ciri utama dalam menentukan kehebatan telefon pintar? Untuk pengguna masa kini kehebatan kamera pasti menjadi keutamaan.  Semakin hebat hasil gambar, semakin tinggi keinginan untuk memilikinya. 

Pada masa sama pengguna juga mahukan telefon berprestasi tinggi dengan ciri-ciri terbaik selari dengan kehebatan dalam menghasilkan foto.

Bagi memenuhi keperluan ini, realme melancarkan telefon pintar realme 8 5G dengan reka bentuk nipis iaitu 8.5mm dan hanya seberat 185 gram. Iia mempunyai spesifikasi lebih tinggi dan canggih berbanding siri sebelum ini.

Antara ciri hebat realme 8 5G ini adalah pemproses MediaTek Dimensity 700 5G yang menggabungkan dua teras Arm Cortex-A76 berkemampuan tinggi dalam CPU octa-core yang beroperasi sehingga 2.2GHz yang pantas. 

Dengan unit sistem pemprosesan hebat ini, realme 8 5G pasti memberi kepuasan kepada pemain mudah alih bermain tanpa henti dan lancar sepanjang sesi permainan mereka.

Malah, telefon pintar juga tidak mengalami risiko cepat kehabisan bateri atau menjadi panas kerana kebiasaannya bermain permainan di telefon bimbit memerlukan RAM dan pemprosesan yang sesuai agar kualiti permainan lebih baik dan telefon tidak tersekat.

Selain itu, pemproses MediaTek Dimensity 700 5G juga menyokong 5G Dual SIM Dual Standby yang membenarkan telefon menyokong kad SIM 5G dalam talian oleh rangkaian 5G.

Pemproses menyokong SA / NSA dan merangkumi jalur frekuensi 5G arus perdana, manakala Teknologi Dual Network Acceleration yang terbaru ini dapat mewujudkan pelapis rangkaian Wi-Fi dan 5G.

Dengan pemproses yang cekap, bateri berkapasiti 5,000 mAh pada telefon pintar ini dapat menjimatkan kuasa sehingga 28 peratus lebih tinggi daripada proses 8nm yang setara.

Lebih menarik, bateri 5000mAh dapat diisi dengan cepat dengan pengecasan pantas 18W jenis-c dan dapat menghubungkan pengguna lebih lama.

Kaki permainan mudah alih

Menyentuh aspek spesifikasi, telefon pintar realme 8 5G bukan sahaja untuk kegunaan harian, namun ianya juga sangat sesuai buat mereka yang tegar bermain permainan di telefon bimbit.

Jika dilihat di pasaran hari ini, rata-rata pengguna memilih monitor dengan kadar penyegaran melebihi 60Hz kerana kadar penyegaran yang rendah membuatkan paparan menjadi lambat dan tersekat. 

Bayangkan bagaimana pula telefon pintar realme 8 5G dengan kadar penyegaran 90Hz dan persampelan maksimum 180H yang pastinya tidak akan mengecewakan.

Anda boleh bermain dengan tenang walaupun anda sedang bermain PUBG mahupun Mobile Legends yang sememangnya boleh dikatakan permainan yang sangat berat. 

Kapsyen : Dilengkapi dengan Kamera Nightscape 48MP  yang membuatkan gambar lebih cantik dan terang.

Antara ciri lain yang menjadi pilihan ramai orang adalah realme 8 5G menawarkan Kamera Nightscape 48MP canggih, yang terdiri daripada Kamera Utama Ultra HD 48MP, lensa potret B&W, dan lensa makro.

Nightscape adalah mod pendedahan panjang yang membolehkan gambar lebih terang dan lebih jelas walaupun kekurangan cahaya, terutama ketika waktu malam.

Sementara itu, kamera hadapan pula dilengkapi dengan ciri AI Beauty yang membolehkan anda mengambil swafoto dengan lebih yakin kerana kesan AI Beauty akan membuatkan kulit anda tampak halus dan licin semula jadi.

Skrin lebih lancar

realme 8 5G tampil menarik dengan reka bentuk lebih sederhanaSelain daripada kecanggihan peranti ini, realme 8 5G juga tampil dengan reka bentuk yang lebih menarik dengan dua pilihan warna iaitu Supersonic Blue dan Supersonic Black.

Model ini menggunakan proses penyaduran indium berkilau tinggi di bahagian belakang untuk menyerlahkan lagi warna telefon pintar ini. 

Apa yang lebih penting, realme 8 5G merupakan antara telefon pintar yang tahan lasak selepas diuji banyak kali ketahanan bagi meyakinkan pengguna mengenai model ini. 

Pada dimensi lain, telefon ini nipis 0.3 inci (8.5mm) dengan berat 6.5 ons (185 gram) yang membuatkan pengguna akan selesa tanpa keletihan dalam jangka waktu yang lama. 

Manakala, sensor cap jari terletak di sisi badan bersama  butang kuasa membuatkan telefon pintar realme 8 5G ini kelihatan lebih eksklusif. 

Lebih menarik apabila realme 8 5G juga telah berjaya melepasi lebih dari 320 titik ujian kualiti, seperti sensor cap jari yang ditekan 500 ribu kali selain mempunyai teknologi RAM Dinamik.

Bagi mengatasi masalah penyimpanan yang tidak mencukupi, realme dengan Teknologi Pengembangan DRE kini dapat memanfaatkan penyimpanan daripada ROM anda dengan memperluas memori RAM hingga 3GB tambahan.

Ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah prestasi telefon perlahan akibat kekurangan penyimpanan yang disebabkan oleh RAM yang terhad.

Harga mampu milik

realme 8 5G akan mula dijual pada 28 Mei 2021 secara eksklusif di Lazada dan di semua kedai dan pengedar sah realme.

Walaupun siri realme sebelum ini mempunyai paparan skrin dan cip pemproses yang tinggi, namun pada era ini kita dapat melihat bagaimana 5G sudah menjadi lebih pantas.

Secara keseluruhannya, realme melancarkan lebih awal telefon pintar memenuhi kehendak semasa dan dilihat sebagai satu telefon pintar yang seimbang.

Jika anda sedang mencari telefon pintar mampu milik, anda haruslah sekurang-kurangnya memiliki realme 8 5G ini kerana ianya dilengkapi dengan dengan ciri-ciri hebat yang pasti memberikan anda pengalaman luar biasa.

Telefon pintar realme 8 5G akan mula dijual buat pertama kalinya pada 28 Mei 2021 secara eksklusif di Lazada dan di semua kedai dan pengedar sah realme.

Kini bersempena dengan promosi 28.5 di Lazada, realme 8 5G akan ditawarkan pada harga RM799 (Harga Asal: RM899), potongan harga sebanyak RM100. Diskaun harga ini hanya akan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 28 Mei 2021.

Telefon pintar realme 8 5G juga boleh didapati dalam varian storan 8GB + 128GB serta dilengkapi dengan tiga kad slot untuk kad SIM dan kad SD sehingga 1TB.

Layari laman web realme untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaru realme.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button