Nasional

Pemandu treler rempuh struktur binaan lebuh raya Suke sah positif dadah

PEMANDU treler yang melanggar struktur pembinaan lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hingga runtuh dah mengakibatkan dua maut semalam didapati positif dadah jenis methaphmetamine.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek yang juga seorang lelaki tempatan itu berusia 40 tahun.

“Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan namun hasil saringan awal urin yang dilakukan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

“Lelaki tersebut kini berada di dalam tahanan dan akan direman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar media sosial

Menurut Zulkefly, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila treler yang dipandu suspek telah berlanggar dengan kerangka besi pembinaan di jejantas pejalan kaki.

Perkara itu ujarnya telah menyebabkan rusuk keluli dan perancah besi terjatuh di kedua-dua laluan.

“Kerangka besi pembinaan yang jatuh itu telah menghempap sebuah van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS).

“Difahamkan mereka sedang menuju ke tempat kerja iaitu di kilang Sensata Technologies, USJ 1,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, sebuah van yang dinaiki empat penumpang wanita dan seorang pemandu lelaki telah dihempap struktur binaan lebuh raya tersebut yang dilanggar pemandu treler.

Gambar ihsan Bomba KL

Bagaimanapun, dua penumpang wanita iaitu Nurina Edwin Abdullah, 47 dan Norhayati Abdullah, 42 telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

“Pemandu van kilang, Muhd. Fairus Mohd. Yusof, 47, pula mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan pendarahan dalaman.

“Dua lagi penumpang van yang lain iaitu Zaitun Zainal, 54, cedera pada kaki kiri manakala Zakiyyah Yakop, 51, pula cedera pada betis kiri,” katanya. -SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button