Belang Bertempat

Realiti politik dalam negara umpama “Yang dikejar tak dapat…”

DALAM 14 hari lagi, tahun 2021 akan melabuhkan tirainya.

Kita akan menyambut Tahun Baharu 2022. Bajet Negara sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan kini sedang dibahaskan oleh Dewan Negara.

Rakyat amat mengharapkan Bajet 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini akan membawa sinar baharu kepada kehidupan rakyat jelata.

Rakyat sudah muak, jelek dan mual dengan sandiwara politik pemain-pemain politik negara yang tidak henti-henti berebut kuasa tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat perlu diutamakan.

Negara hampir berhadapan dengan post pandemik Covid-19 keadaan di mana negara dan rakyat akan berhadapan dengan masa pemulihan.

Seluruh dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19 selama 23 bulan iaitu hampir dua tahun sejak Januari 2020.

Keadaan yang sungguh sukar.
Hilang pekerjaan.
Hilang orang tersayang.
Anak menjadi yatim-piatu.
Bapa kehilangan anak.
Bapa hilang pekerjaan.
Kadar penganguran meningkat naik.

Penulis mencatat dan menganalisa begini:

Saya amat tertarik dengan tulisan terkini oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini di Facebook beliau mengenai beberapa perkara seperti berikut:

(i).  Komplot kemusnahan yang dirancang seusai detik hitam 9 Mei 2018.

Persoalannya, mana ada komplot kemusnahan yang dirancang pada 9 Mei 2018?

Pada 9 Mei 2018, ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah tumpas kepada gabungan parti-parti pembangkang ketika itu iaitu Pakatan Harapan (PH).

BN dan UMNO telah ditolak oleh rakyat pada 9 Mei 2018.

Strategi BN dan UMNO yang salah, membawa rebah dan BN kalah.

Bekas pemimpin UMNO sendiri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menumbangkan BN dan UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat oleh Presiden UMNO yang menumbangkan BN iaitu Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UMNO dan BN perlu ingat, pada PRU13, pada tahun 2008 pun sudah ada tanda-tanda UMNO dan BN akan rebah apabila BN hanya dapat mempertahankan kekuasaan Kerajaan Persekutuan dengan hanya 47% undi popular.

Pihak pembangkang ketika itu sudah memperolehi 53% undi popular.

Mereka tewas kerana kerusi-kerusi yang mereka menang dengan majoriti besar adalah kerusi-kerusi dalam bandar besar. Manakala, kerusi-kerusi yang UMNO menang ialah kerusi luar bandar, kerusi majoriti Melayu.

(ii). Supaya membubarkan UMNO. Sejurus UMNO tewas PRU14, angkara fitnah dan tipu daya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sesungguhnya ini adalah pemintaan dan strategi oleh Tun Mahathir (Perdana Menteri) ketika itu.

Tun Mahathir mahukan UMNO dibubarkan dan UMNO bergabung dengan parti BERSATU supaya dua parti Melayu ini menjadi satu dan kuat.

Kerana apa ?

Kerana jelas kelihatan pada ketika itu pun Tun Mahathir tidak mahu menyerahkan kuasa politik dan tampuk pemerintahan negara kepada Anwar Ibrahim, PKR dan DAP.

Angkara fitnah dan tipu daya,
Sesungguhnya UMNO dan BN kalah pada PRU14 pada 9 Mei 2018.

Tiada terdapat unsur fitnah dan penipuan undi yang berlaku pada ketika itu.

UMNO perlu bangun dari kemelut kontroversi.

UMNO seharusnya belajar dari kesilapan 9 Mei 2018 dan mengaku bahawa UMNO dan BN telah kalah dalam pilihanraya tersebut.

Dengan cara ini sahaja UMNO dan BN boleh bangkit semula untuk mendapatkan keyakinan serta mandat dari rakyat jelata pada PRU15 nanti.

(iii). Segala macam kelicikan sedang direncanakan ke atas UMNO dan Presidennya tanpa mempedulikan soal penganiayaan, dosa dan pahala demi mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Persoalan kata-kata ini lebih mengelirukan rakyat dan ahli-ahli UMNO.

Siapa yang berkuasa di negara ketika ini?

Bukankah Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Ismail Sabri dari parti UMNO, Naib Presiden UMNO, Ahli UMNO.

Bukankah, sebahagian besar daripada Menteri Kabinet hari ini terdiri daripada Naib Presiden UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Mempertahankan kuasa?

Bukankah kerja kita sekarang mempertahankan kuasa agar kuasa pemerintahan negara ini tidak terlepas kepada Pakatan Harapan dan DAP?

Bukankah kerja kita hari ini mempertahankan agar Perdana Menteri Malaysia tetap berada di kalangan pemimpin UMNO?

(iv). SOAL AHLI-AHLI PARLIMEN UMNO MENINGGALKAN UMNO DEMI KUASA DAN KEDUDUKAN DALAM KERAJAAN.

Persoalan timbul berkenaan dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti dari UMNO ke BERSATU kononnya kerana tempat dan kedudukan dalam Kerajaan.

Realiti sebenarnya, Tun Mahathir ketika menjawat jawatan Perdana Menteri untuk kali kedua hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen sahaja berbanding dengan DAP dan PKR.

Dalam masa sebulan sahaja Pakatan Harapan dan DAP memerintah, sudah jelas kelihatan Tun Mahathir dihimpit oleh DAP dengan pelbagai desakan dan tuntutan atau demand untuk orang-orang Cina di samping cubaan menghapuskan hak serta kepentingan orang-orang Melayu selain daripada menjual harta-harta kepentingan orang-orang Melayu Islam dan sebagai contoh di aini, dalam Tabung Haji.

Sudah tentu ini merupakan strategi politik Tun Mahathir.

Memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dengan menambah bilangan Ahli-Ahli Parlimen parti BERSATU agar DAP tidak bermaharajalela menentukan hala tuju Kerajaan Tun Mahathir pada ketika itu.

Perkara lain, semuanya sudah menjadi sejarah.

Selama 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan adalah 22 bulan yang paling sukar, pahit, sengsara dan sedih untuk orang-orang Melayu Islam.

Timbul satu sinar di sebalim kegelapan ketika orang-orang Melayu berhadapan dengan kegelapan dan kesukaran, tiba-tiba sekumpulan pemimpin BERSATU dan pemimpin PKR dari kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, merasakan sudah sampai masanya Kerajaan Pakatan Harapan, PKR dan DAP dijatuhkan.

Maka jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan dan terbinalah satu Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Terkini, ketidakpuasan hati terhadap Muhyiddin maka biau pula dijatuhkan dan ditukarkan.

Ketika menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan, DAP dan PKR, Anwar Ibrahim sudah berada di ambang mahu dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Ketika itu, satu kerjasama politik yang luar biasa terbina antara BERSATU, UMNO, PKR (Kumpulan Azmin Ali), Pas, GPS Sarawak dan beberapa Ahli Parlimen Bebas maka tumbanglah Kerajaan Pakatan Harapan.

Kenapa perlu diadakan PRU sekarang?

Ketika dalam proses memulihkan keadaan negara selepas dilanda andemik Covid-19, terdapat suara-suara yang mahukan PRU15 disegerakan.

Rakyat amat keliru dengan cadangan ini.

Bukankah Perdana Menteri sekarang dari kalangan pemimpin UMNO ?

Kemungkinan sebab-sebab PRU perlu diadakan segera adalah kerana:

(i). Tamat tempuh 5 tahun pemerintahan Kerajaan. Maka perlu diadakan Pilihanraya Umum.

(ii). Kerajaan kehilangan sokongan di Dewan Rakyat. Vote of No Confidence.

(iii). Keadaan Kerajaan amat rapuh. Perlukan mandat yang baru.

(iv). Mahu menukar kepada satu Kerajaan yang baru.

Agak menghairankan kenapa mahu menukar Kerajaan ini kepada satu Kerajaan yang baru apabila Perdana Menterinya dari kalangan Ahli UMNO?

Adakah Presiden UMNO tidak puas hati dengan performance Perdana Menteri UMNO ini?

Tak usahlah dengar cakap-cakap orang politik kononnya Perdana Menteri UMNO ini akan langgar Presiden UMNO pada pemilihan UMNO kelak.

Itu cuma cakap orang yang mahu melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini.

Ismail Sabri adalah seorang Perdana Menteri yang berjiwa besar dan mempunyai sifat diplomasi yang amat tinggi.

Sebelum melakukan sesuatu, beliau akan berfikir dengan mendalam sebelum membuat keputusan terakhir.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berada dalam keadaan yang amat sukar.

Keadaan di mana beliau perlu menjaga hati Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menjaga hati tiga bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir.

Jangankan oleh kerana mahu menukar Perdana Menteri kepada orang lain.

Diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lebih awal.

Sekiranya tersalah percaturan, silap hari bulan, dari elok kita ada Perdana Menteri dari UMNO, tiba-tiba sekiranya UMNO dan BN kalah.

Pakatan Harapan Menang. Anwar Ibrahim dari PKR pula jadi Perdana Menteri dan Shafie Apdal pula jadi Timbalan Perdana Menteri.

Jangan GADAIKAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI (THE CURRENT GOVERNMENT) kepada sesuatu yang BELUM PASTI.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. – SM

(Visited 462 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button