Politik

Harapan KWSP, Moratorium dalam pasca Belanjawan 2021

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) diharapkan menunaikan permintaan rakyat berhubung pengeluaran one-off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium pinjaman.

Hal berkenaan diminta rakyat supaya pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP kepada semua pencarum dibenarkan tanpa syarat.

Sementara lanjutan selama enam bulan lagi bagi moratorium pinjaman diharap diumumkan menjelang penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.

Ini kerana, dalam pasca belanjawan pada tahun hadapan, rakyat mengharapkan mereka dapat fokus kepada pembinaan kerjaya sementara kerajaan pula dapat beri tumpuan kepada pembangunan semula ekonomi.

Krisis Koronavirus (Covid-19) memberi impak dan menekan segenap lapisan masyarakat terutama kemeruduman ekonomi yang memberi kesan kepada pelbagai sektor dan kumpulan sosial.

“Covid-19 semakin reda.. Kehidupan kembali normal.. Rakyat fokus membina kerjaya dan keluarga… Malaysia terus maju dan makmur..”

Demikian kata peguam dan penganalisis politik, Adnan Seman dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian menjelang penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) yang akan dilakukan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Tan Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada pukul 2 petang nanti.

Katanya, harapan rakyat juga mahu melihat bajet diluluskan serta ekonomi negara kembali pulih seperti biasa.

ADNAN SEMAN

“Pengeluaran KWSP one-off utk semua.. Moratorium 6 bulan utk semua.. Bajet disokong dan Lulus.. Ekonomi kembali pulih..,” ringkasnya.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menegaskan kerajaan perlu memenuhi permintaan pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman sebagai syarat untuk menyokong Belanjawan 2021.

Hal berkenaan, juga berkali-kali ditegaskan selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan cadangan tersebut dalam perbahasannya pada minggu lepas.

Susulan itu juga, Ahli Parlimen Pontian yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan beliau bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertemu Tengku Zafrul.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Ahi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahmad, menerusi media sosialnya meminta rakyat menunggu penggulungan Belanjawan 2021 hari ini untuk mendengar sebarang berita baik yang akan diumumkan nanti. – SM

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button