Nasional

Pakar pendidikan sokong PPSMI – P. Ramasamy

PENGAJARAN dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu (PPSMI) disokong oleh pakar pendidikan yang berorientasikan pragmatik.

Begitulah dakwaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dalam Facebooknya hari ini yang mendakwa hal demikian bukan isu dasar tetapi pelaksanaannya.

Menurut beliau, pembangkang dilihat menentang habis-habisan terhadap pelaksanana dasat tersebut kerana dikhuatiri akan mengurangkan kepentingan Bahasa Malaysia.

[BACA ARTIKEL] PPSMI: Kerajaan mahu ulang kegagalan dahulu? — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] 
PPSMI perjudikan masa depan anak luar bandar — Suara Merdeka

“Walaupun pakar pendidikan yang berorientasi pragmatik telah mengalu-alukan langkah tersebut, mereka masih menyedari masalah-masalah sebenar yang akan timbul dalam pelaksanaannya.

“Walau bagaimanapun pihak pembangkang menentang sekeras-kerasnya terhadap kebangkitan PPSMI berdasarkan semangat nasionalisme,” katanya.

Walau bagaimanapun, dalam kenyataannya, beliau tidak menjelaskan kegagalan yang berlaku ketika pelaksanaannya pada 2003.

KERAJAAN perlu meneliti pelaksanaan PPSMI supaya kemerosotan terhadap matapelajaran Sains dan Matematik tidak berlaku lagi.

Pelaksanaannya pada ketika itu menyebabkan kemerosotan dalam matapelajaran Sains dan Matematik terutama dalam kalangan murid sekolah kebangsaan.

Dalam pada itu, beliau juga didapati menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang berpandangan terlalu nasionalisme boleh melambatkan generasi muda mengharungi cabaran global.

[BACA ARTIKEL] PPSMI: Jangan terjatuh dalam lubang sama — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Dr. Mahathir tekankan keperluan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris – Suara Merdeka

“Mahathir mungkin betul dengan pengenalan dasar ini tetapi ia mesti dikaji semula dan dirancang secara teliti dari segi pelaksanaannya.

“Tetapi apakah jaminan bahawa dasar ini akan dipatuhi dan dilaksanakan seterusnya selepas Mahathir meninggalkan jawatannya,” soalnya. – SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button