Hiburan

Surat terbuka untuk ND Lala daripada Syada

MASIH hangat diperkatakan di media sosial mengenai keretakan rumah tangga yang membabitkan orang tua penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND lala.

Bertahun-tahun membina kehidupan sebagai suami isteri, akhirnya Datuk ND Lala, 62, dan Datin Fauziah Sarman, 55, berakhir dengan nokhtah.

Adik Shila Amzah, Syada tampil dengan surat terbuka kepada bapanya melalui laman Instagramnya kerana sehingga kini tidak dapat menghubungi bapanya selepas berkahwin lain.

Dalam perkongsian itu, Syada anak ketiga daripada empat adik beradik menitip ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62 dan Selamat Hari Raya kepada bapanya.

“Ayah, tiada lagi gambar ayah pada hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tiada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah.

Anak ND Lala
Luahan hati menerusi Instgram Syadaamzah yang merupakan anak ND Lala

“Pertama sekali, Selamat Hari Jadi yang ke-62 tahun. Terima kasih di atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik.

“Mewakili adik beradik yang lain, kami sudah terima hakikat apabila ayah pilih untuk pergi, ayah tak pilih kami.

“Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya sudah jelas. Selamat Hari Raya”, luah Syada.

Walaupun ucapan yang dizahirkan oleh Syada ringkas namun ia cukup meruntun hati daripada seorang anak kepada seorang ayah.

Menerusi ruangan komen di Instagram, ramai pengikut dan rakan-rakan artis memberikan kata-kata semangat kepada Syada dan keluarganya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai keretakan rumah tangga pasangan ND Lala dan isterinya, Fauziah yang dinikahi sejak 1989.

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh Fauziah sendiri, suaminya itu dipercayai telah berkahwin lagi dan isteri muda ND Lala merupakan kawan sekolah Shila sendiri, Siti Munirah Abd. Ghani.

Fauziah telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Isnin lalu.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutamanya melibatkan keluarga Shila.

Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai agar tidak mencampuri urusan keluarganya.

Shila Amzah sendiri sedang dilamun cinta dengan pempengaruh yang lebih muda usianya daripada Shila, janda yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. – SM

ARTIKLE BERKAITAN :>

Jarak umur bukan penghalang percintaan Shila Amzah dengan influencer TikTok

Shila Amzah dan Ubai Mz bercinta, tak sangka ia bermula dengan skuter

(Visited 788 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button