fbpx
Hiburan

Rawatan IVF: Elizad serah pada Allah

DALAM perkahwinan, semestinya kehadiran cahaya mata antara yang dinanti sebagai penyeri dalam kehidupan rumah tangga.

Ada yang dikurniakan cahaya mata dengan cepat, ada juga yang terpaksa menanti lama sebelum dikurniakan khabar gembira itu.

Pelakon, Elizad Sharifudin menerusi akaun Instagram miliknya sempat berkongsi pengalamannya menjalani rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (IVF).

Menurut Elizad, dia baru menjalani sesi pertama rawatan tersebut dan perlu mengawal pergerakan dirinya selepas dua minggu.

“Untuk dua minggu ini saya masih lagi boleh berjalan dan melakukan aktiviti lain. Tetapi selepas tempoh tersebut, saya perlu jaga dan kawal pergerakan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Elizad turut mengingatkan dirinya supaya menolak elemen negatif dan sentiasa gembira dalam kehidupan.

“Jadi atau tidak, berserah pada Allah. Apa yang penting kita mencuba.

“InsyaAllah saya akan menjadi diri saya dan gembira seperti selalu,” jelasnya.

Dalam pada itu, rakan selebriti, Lisa Surihani turut meninggalkan komen dan berdoa supaya Elizad dikurniakan cahaya mata yang sempurna sifat dan akhlak.

Turut meninggalkan komen dengan kata-kata semangat dan doa ialah Awal Ashaari, Zarina Zainuddin, Ziela Jalil dan Ika Nabella.

Elizad berkahwin pada 11 Januari 2015 dengan dan majlis perkahwinan itu dilangsungkan secara tertutup denga kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!