Kesihatan

Rawat masalah rahang anak yang besar dengan ‘protraction headgear’

Masalah rahang besar boleh menyebabkan bentuk muka anak-anak seperti sedikit terganggu dan pengamal rawatan berpendapat, ia boleh diselamatkan dengan protraction headgear.

Protraction headgear dilihat hampir menyerupai pelitup muka namun ia memberikan kesan yang baik tanpa perlu pun seseorang menjalani pembedahan tulang.

Hanya mengunakan alat tersebut, ia bukan sahaja boleh mencantikan rahang muka malah kanak-kanak dari usia empat tahun juga selamat menerima rawatan tersebut.

Fakulti Pergigian dari Universiti Malaya berkata, protraction headgear tersebut hanya perlu dipasang pada bahagian hadapan muka, dahi dan dagu.

Bingkai besi disambung ke semua bahagian protraction headgear lalu ia diikat dengan tali getah kepada pendakap gigi yang boleh ditanggalkan atau tetap pada bahagian gigi yang berada di rahang atas.

Protraction headgear perlu dipakai sekurang-kurangnya 14 jam sehari pada waktu malam dalam tempoh 6 hingga 18 bulan untuk melihat keberkesanannya.

Malah rawatan ini turut disahkan oleh penyelidik di United Kingdom, sangat berkesan dan mencatatkan 70% kejayaan.

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button