Alam SekitarBencana alamRencana

Ratusan Nyawa Terkorban, Ini 7 Tragedi Yang Menyayat Hati Seluruh Dunia!

Jika diimbas kembali, saban tahun ada sahaja bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Ianya suatu kejadian alam yang tidak dapat dielakkan atau diramal bila akan terjadi oleh sesiapa pun. Kami di Suara Merdeka sediakan kepada anda sorotan 7 tragedi bencana alam terbesar yang berlaku di seluruh dunia sebagai iktibar buat kita semua.

1. TSUNAMI LAUTAN HINDI 2004

26 Disember 2004 adalah tarikh keramat yang pasti tidak dapat dilupakan dimana seluruh dunia menyaksikan peristiwa tsunami besar membadai lautan Hindi sekaligus mengorbankan hampir suku juta nyawa di 14 negara berhampiran Lautan Hindi.

Ianya dikatakan berpunca daripada satu gempa bumi dengan magnitud 9.1 yang berlaku di dasar pantai barat laut Sumatera, Indonesia sehingga mencetuskan gelombang besar ombak tsunami.

226,400 nyawa terkorban antaranya di Indonesia yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 165,708 orang, Sri Lanka 35,399 orang, India 16,389 orang dan di Thailand 8,345 orang.


Malah, jika anda masih ingat, pada tahun ini jugalah Malaysia buat kali pertamanya dilanda badai besar tsunami yang mengorbankan 68 orang.

2. RIBUT TAUFAN SANDY 2012

Pada Oktober 2012, Ribut Taufan Sandy dilaporkan melanda Amerika Syarikat dan menyebabkan beberapa kawasan turut terkesan iaitu di Puerto Rico, Cuba, Jamaica, Haiti, The Bahamas, Dominican Republic dan Eastern Canada.

Ribut Taufan Sandy yang mula melanda negara berkenaan pada 22 Oktober dan berakhir pada 2 November 2012 merupakan ribut taufan yang paling dahsyat pernah berlaku sepanjang musim taufan Atlantik 2012.

Malah, bencana alam itu mengakibatkan kerosakan hampir 70 bilion dan meragut nyawa 233 orang.

3. RIBUT TAUFAN MARIA, PUERTO RICO 2017

Taufan Maria adalah taufan dahsyat Kategori ke 5 yang menghancurkan Pulau Dominica, Saint Croix dan Puerto Rico dan mengorbankan kira-kira 2,900 hingga 4,600 orang.

Malah, Taufan yang melanda pada 16 September dan berakhir pada 2 Oktober 2017 ini dianggap sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah dan merupakan taufan Atlantik paling dahsyat sejak Taufan Mitch pada tahun 1998.

4. GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI KOTA PALU, SULAWESI, INDONESIA 2018

Pada 28 September 2018, satu gempa bumi berkekuatan 7.5 magnitud disusuli dengan tsunami setinggi 20 kaki membawa kepada kehancuran besar-besaran di Kota Palu, Sulawesi, Indonesia.

Peristiwa ini mengakibatkan kematian seramai 4,340 orang manakala lebih dari 330,000 orang kehilangan tempat tinggal.

5. TSUNAMI DI SELAT SUNDA, INDONESIA 2018

Pada 22 Disember 2018, Tsunami setinggi 5 meter melanda pantai barat Jawa di Indonesia yang mengorbankan sekurang-kurangnya 430 nyawa dan 14,509 orang.cedera.

Menurut saintis daripada Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, bencana alam ini berpunca daripada tanah runtuh di bawah dasar air selepas letusan Gunung Berapi Anak Krakatau.

Turut terkorban, tiga anggota kumpulan band Indonesia, Seventeen, Bani (pemain bes), Herman (gitaris), Ujang (Kru) dan Oki (Pengurus Kumpulan) Wijaya.yang pada ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten.

Bagaimanapun vokalis kumpulan terbabit, Ifan terselamat namun isterinya Dylan Sahara maut dalam kejadian bencana alam yang menyayat hati ini.

6. TAUFAN ETA DI AMERIKA TENGAH 2020

Pada 31 Oktober 2020, Amerika Tengah dilanda ribut taufan yang dipanggil Taufan Eta.

Taufan Eta merupakan taufan kategori keempat yang meranapkan beberapa negara di Amerika Tengah antaranya Cuba, Jamaica, Colombia, Pulau Cayman, The Bahamas dan Southeastern United States.

Taufan yang berakhir pada 14 November 2020 ini mengorbankan seramai lebih daripada 211 orang dan 120 orang pula dilaporkan hilang.

7. GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI GREECE DAN TURKI 2020

Pada 30 Oktober 2020, gempa bumi berkekuatan 7.0 magnitud melanda wilayah Turki, Izmir yang mengorbankan seramai 117 orang dan mencederakan seramai 1,034 orang.

Manakala di Greece, 2 kematian serta 19 orang tercedera dilaporkan.

Amaran tsunami pula dikeluarkan di beberapa pulau di wilayah berkenaan iaitu Ikaria, Kos, Chios dan Samos susulan paras air yang semakin melimpah di jalan dan sebahagian kawasan berkenaan.

Bencana alam yang berlaku di penghujung 2020 ini merupakan gempa bumi terbesar yang pernah berlaku di Pulau Aegean sejak tahun 1981.

 

(Visited 236 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button