Nasional

Rasuah: Timbalan Pengarah JPJ Perlis di reman

TIMBALAN Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Menurut sumber timbalan pengarah dengan gred KP44 berusia 41 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis pada jam 4.40 petang, semalam.

Suspek adalah individu kelima didakwa terbabit menerima rasuah berjumlah RM88,000 daripada pengusaha lori melalui proksi atau orang tengah pada tahun 2018 dan 2019 di Perlis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

(Visited 656 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button