Nasional

Rasuah RM3.09 juta, Isa Samad didapati bersalah

BEKAS Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3.09 juta, enam tahun lalu

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan didapati gagal mematahkan kes atas imbangan kebarangkalian.

Pihak pembelaan sedang sedang dalam proses mengemukakan rayuan bagi hukuman ketika ini.

Berdasarkan pertuduhan, bekas Pengerusi Felda itu didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015 di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. – SM

(Visited 582 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button