Ekonomi

Bank Rakyat santuni pengamal media di bulan Ramadan

PETANG semalam dua pegawai perhubungan awam Bank Rakyat mengetuk pintu pejabat SUARA MERDEKA di Cheras, Kuala Lumpur.

Kunjungan kedua-dua pegawai perhubungan bahagian Komunikasi Koporat membawa Bersama inisiatif pihak pengurusan tertinggi Bank Rakyat yang menyantuni pengamal media tempatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

TERIMA kasih daun keladi Bank Rakyat santuni warga kerja SUARA MERDEKA petang semalam di pejabat.

Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan menerima kunjungan pihak Bank Rakyat yang menjadi program tradisi dalam menghargai dan mengiktiraf peranan bukan sahaja pihak media tetapi juga rakan-rakan strategik yang sentiasa menyokong Bank Rakyat selama ini.

Bank Rakyat dalam satu kenyataannya memaklumkan, tahun ini merupakan tahun kesembilan penganjuran program ziarah.

“Program ini adalah sebagai sebahagian  daripada usaha pihak kami, institusi kewangan dalam merapatkan hubungan dengan pengamal media.

“Selama sembilan tahun program ini dijalankan, sebanyak kira-kira 30,000 pek buah tangan yang telah,” katanya.

Selain SUARA MERDEKA, lain-lain pengamal media yang dikunjungi oleh wakil-wakil dan pihak pengurusan Bank Rakyat ialah Media Prima, Bernama, Astro Awani, IKIM, RTM, Sinar Harian, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), TV Al- Hijrah, The Star, Suria FM, Era FM Sabah, Borneo Post Sabah, RTM Sabah, Utusan Borneo, Era Sarawak, RTM Sarawak, Sarawak Voice, Utusan Borneo, Borneo Post Sarawak dan CATS FM. – SM

Baca Artikel Berkaitan > Bank Rakyat perluas kemudahan kewangan berteraskan kelestarian

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button