Mahkamah

Rasuah: Pengarah universiti awam di Melaka direman enam hari

Seorang Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti sebuah universiti awam di negeri ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah apabila sebuah kereta bernilai lebih RM170,000.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50-an itu sehingga 26 September ini.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9.00 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM.

Semalam, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3.00 petang di Pejabat SPRM Melaka di Alai dekat sini selepas hadir memberi keterangan berhubung kes rasuah berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek telah menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan berjumlah RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat
kontraktor di Klang, Selangor.

Tindakan itu adalah sebagai dorongan untuknya memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350. – SM

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button