Politik

Kes bicara Zahid Hamidi: Anwar Ibrahim dalam dilema?

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Johor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Hassan Karim berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam dilema tentang perbicaraan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hassan kata, Zahid Hamidi yang masih lagi berhadapan dengan 47 kes pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan rasuah dari pelbagai projek ketika menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2013 hingga 2018, amat membebankan Pakatan Harapan (PH) dan Anwar sebagai seorang Reformist sekiranya kerjasama politik ini diteruskan.

Tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang.

GAMBAR BERNAMA

 

Persoalannya, kata Hassan, bagaimanakah Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim mahu dihormati apabila salah seorang Timbalan Perdana Menterinya (TPM) berhadapan dengan tuduhan menerima rasuah dan kes pecah amanah (CBT) yang berkait rapat dengan jawatan Menteri di dalam Kerajaan pada ketika itu.

“Sekiranya Zahid Hamidi dibebaskan dari semua pertuduhan tersebut, Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan ini akan dituduh mencampuri urusan Mahkamah dan Badan Kehakiman (Judiciary).

“Sekiranya Kerajaan Perpaduan ini kalah dalam kes Zahid ini, persoalan seterusnya, adakah Kerajaan akan merayu kes ini didengar oleh Mahkamah Rayuan pula,” soal beliau.

Hassan juga mempersoalkan, adakah Peguam Negara (AG) akan merayu (appeal).

Ini akan menimbulkan conflict of interest (ada unsur kepentingan) kerana Peguam Negara adalah Penasihat Undang-Undang kepada Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim yang mana Zahid Hamidi sebagai TPM adalah sebahagian daripada Kerajaan, katanya.

Tambah beliau, sekiranya Peguam Negara tidak filekan rayuan, Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim akan menerima kritikan hebat daripada rakyat.

“Inilah dilema Perdana Menteri Anwar Ibrahim akibat melantik seorang Timbalan Perdana Menteri yang berhadapan dengan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi,” ujarnya.

Hassan juga kata, reputasi Anwar, PKR dan PH sebagai Reformist (Pejuang Reformasi) akan hilang dan kemungkinan keyakinan rakyat terhadap Anwar juga mungkin akan hilang sekiranya kerjasama politik bersama Zahid Hamidi diteruskan.

Kata Hassan, Zahid Hamidi terus menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Harapan.

“Pemimpin UMNO yang berhadapan dengan kes mahkamah ini seumpama VIRUS yang menjangkiti Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Harapan. Jangkitan ini seolah-olah tiada sebarang VAKSIN.

“TOXIC RACUN ini akhirnya akan membunuh Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Harapan,” katanya. – SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button