Hiburan

Neelofa doa kuatkan iman dan tenangkan hati, PU Riz gigih jual buku

Penutup tahun 2020 menjadi tahun yang tidak terduga bagi pasangan selebriti, Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.

Masakan tidak, kedua-duanya menjadi sasaran netizen selepas hubungan mereka didakwa berhadapan dengan masalah.

Malah, tindakan ahli keluarga Neelofa termasuk ibunya yang memadam gambar Haris menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Menjengah ke laman sosial Instagram milik kedua-dua mereka, nampaknya kedua-dua mereka masih menjalankan kehidupan seperti biasa.

Mengakhiri tahun 2020, Neelofa memuatnaik status dalam bentuk doa supaya dirinya terus dikuatkan iman dan diberikan ketenangan hati.

Begitu juga dengan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz yang giat menjual buku terbaharu iaitu Kaya Jiwa.

Sambutan yang diberikan terhadap buku tersebut juga amat baik dan mendapat respon positif daripada pembeli.

Malah, ada juga pembeli yang turut menyelitkan kata-kata semangat buat Haris untuk menempuh dugaan yang sedang dihadapi.

Apa-apa pun, disebalik masalah yang dihadapi, kedua-dua mereka nampak tenang dan tidak kalut menggunakan laman sosial sebagai ruang untuk berperang.

Malah, Neelofa sebelum ini menerusi satu kenyataannya juga memberitahu yang permasalahan yang dihadapi kini sedang diselesaikan keluarganya dengan sebaik mungkin. -SM

(Visited 1,126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button