Politik

Membina Kredibiliti, Srikandi Muda Bersatu Santuni Tan Sri Rahim Thamby Chik

Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan dan kestabilan, Sayap Srikandi Muda Bersatu Malaysia menyantuni lagenda politik tanah air, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Ketua Srikandi Muda Bersatu, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, pertemuan tersebut merupakan salah satu aktviti sayap dalam membina kredibiliti dalam parti.

“Ramai di antara kami belum lahir ketika Tan Sri Rahim mula beraksi dalam arena politik tanah air, lebih-lebih lagi sewaktu Malaysia sedang membina namanya.

“Maka apabila bertemu dengan lagenda politik seperti Tan Sri Rahim, orang-orang muda seperti kami berpeluang untuk mendengar cerita orang lama,” katanya.

Nurul Fadzilah berkata demikian dalam satu pertemuan santai antara Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Sayap Srikandi Muda Bersatu Malaysia di Kuala Lumpur.

BACA JUGA > Semangat patriotik perlu disemai kembali – Tan Sri Rahim Thamby Chik

Bagi Nurul Fadzilah, individu seperti Tan Sri Rahim harus didekati kerana pengalaman yang banyak selain diakui berkecimpung dalam dunia politik dalam tempoh yang lama.

Turut hadir, Naib Ketua Sayap Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Hafrina Rohayu serta barisan G5 dalam sayap parti berkenaan. – SUARA MERDEKA

(Visited 86 times, 8 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button