Ekonomi

Ringgit terus mengukuh berbanding Dolar AS dalam sesi dagangan awal

RINGGIT terus meningkat berbanding Dolar AS, dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, walaupun musim cuti panjang yang berterusan menyaksikan ramai pelabur tidak memasuki pasaran, kata seorang penganalisis. Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.6145/6205 berbanding Dolar AS daripada 4.6265/6305 pada Jumaat.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia meningkat berbanding Pound kepada 5.8609/8685 daripada 5.8720/8770 pada Jumaat lepas, naik berbanding Euro kepada 5.0852/0918 daripada 5.0915/0959 minggu lepas dan tinggi berbanding Yen Jepun kepada 3.2435/2482 daripada 3.2547/2579 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang Asia lain. Ringgit meningkat berbanding Dolar Singapura kepada 3.4840/4890 daripada 3.4933/4968 pada Jumaat lepas dan naik berbanding Rupiah Indonesia kepada 297.9/298.5 daripada 298.7/299.1 sebelum ini.

Ia turut tinggi berbanding Baht Thailand kepada 13.3102/3359 daripada 13.3509/3706 minggu lepas dan mengukuh berbanding Peso Filipina kepada 8.33/8.36 daripada 8.35/8.36 sebelum ini.

Artikel berkaitan > Ringgit meningkat kepada RM4.65 berbanding dolar AS

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button