Nasionalpilihan

Rapid Rail akan jalankan satu lagi ujian terhadap LRT pada Sabtu!

Rapid Rail Sdn Bhd akan menjalankan satu lagi ujian terhadap Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen yang terjejas pada Sabtu sebelum diputuskan ia selamat digunakan kembali atau sebaliknya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ujian tersebut akan melibatkan 24 tren dan 37 stesen dari sekitar Gombak ke Putra Height.

“Kalau ia berjaya, satu pengumuman akan dikeluarkan pada jam 6 petang esok (Sabtu) kepada orang ramai,” katanya dalam satu sidang media Kompleks Rapid Rail di sini.

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button